my blog's

Thursday, December 25, 2008

tempe

Kisah Penjual Tempe
bagus kisah nih..bacalah.
sesungguhnya tiada kuasalain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin
Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu adaseorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya dipasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumberpendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yangdijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedangbersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tibadia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacangsoya hari itu masih belum menjadi, separuhjadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelumbertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yangmasih belum menjadi pastinya tidak akan laku dantiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam suasanahatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadahteringat akan firman Allah yang menyatakan bahawaAllah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawabagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapunmengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya inimenjadi tempe . Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuhhatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pastimengabulkan doanya.

Dengan tenang perempuan tua itumenekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujungjarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untukmenyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masihtetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkindoanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia punmengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi."Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempekerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agarjadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagimembuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Diatermangu dan hairan apabila tempenya masih tetapbegitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudahtentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Diatetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggidia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawabarang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserahpada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambilberdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemuatempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadisemasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar darirumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untukberdoa."Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkaukurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempeini. Amin".Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan diatetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkanbarang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yangtempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati ygberdebar-debar dia pun membuka bakulnya danmenekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempeyang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnyadan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masihbelum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menariknafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasasedikit kecewa dan putus asa kepada Allah keranadoanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidakadil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunyapunca rezekinya, hasil jualan tempe .

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebabdia berasakan bahawa tiada orang yang akan membelitempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari punsemakin petang dan pasar sudah mulai sepi, parapembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe ,tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesuseperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hariini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namunjauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhirkepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupundia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapatpendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kaliterakhir,"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadaptempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorangwanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada takmenjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudahpusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masihbelum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pingaseketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahunmenjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannyamencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawabsapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoadi dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadilagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, diamembuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkahseronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masihbelum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya danbersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habiskesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelumwanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanitaitu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada diEngland teringin makan tempe dari desa. Memandangkantempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadikenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supayaapabila sampai di England nanti akan menjadi tempeyang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudahmenjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagidan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu punkehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pundimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepadaTuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebihmengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaikuntuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupanseharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangansekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kitasesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luarjangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kitasedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allahseperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakansolat, berkata-kata perkara yang berfaedah danberpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepadasahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat(",) ..


aku selalu ingat kt cite tempe ni ble aku dtmpa ssuatu..
Allah maha mangetahui ape yg tbaik wt kte
cume kte kna redha n sabar wpun nk mlalui ssuatu 2 mmg tsgtla sukar..

aku adalah sgt ssuatu skrg ni... =(

2 voice out:

mommyAmberena said...

sedapnye tempe... cicah sambal kicap lagi sedap....

perra2ferra said...

muahaha..tau xpe

 
perra's stories... Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino